Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Arsenal mengaku kalah selepas tewas di tangan Swansea

Nov 10, 2014 | 09:45 AM



SWANSEA (England): Pengurus Arsenal, Arsene Wenger, mengaku kalah sambil berkata Chelsea akan menjadi juara Liga Perdana musim ini selepas menyaksikan pasukannya mensesiakan kelebihan satu gol apabila tewas 1-2 di tangan Swansea City lewat malam tadi.


Kekalahan itu mengakibatkan Arsenal ketinggalan 12 mata di belakang pendahulu liga Chelsea selepas 11 perlawanan.


Meskipun masih ada lebih dua pertiga musim yang perlu ditempuhi dan 81 mata dipertandingkan, Wenger percaya tidak ada pasukan dapat menyekat Chelsea.


"Buat masa ini, Chelsea nampaknya mampu memungut 100 mata musim ini," kata Wenger, yang memimpin Arsenal menjuarai mahkota Liga Perdana buat kali terakhir pada musim 2003/04.


"Jika anda lihat jumlah mata yang mereka perolehi hari ini, dan jika mereka terus mengekalkannya, maka tidak ada sebarang pasukan mampu mengejar mereka."


Dalam perlawanan semalam, Alexis Sanchez membuka jaringan bagi Arsenal pada minit ke-63 tetapi dua gol dalam masa tiga minit oleh Gylfi Sigurdsson dan pemain gantian Bafetimbi Gomis membolehkan Swansea menang di Stadium Liberty. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >