LONDON: Jadual perlawanan Liga Perdana hujung minggu lalu menyaksikan beberapa keputusan mengejut dan perubahan kedudukan di tangga atas dan bawah tetapi Arsenal berharap dapat kembali ke landasan kemenangan awal pagi Khamis ini (waktu Singapura).
Arsenal, yang berada di persada liga pada petang Sabtu, mendapati mereka tergelincir ke tempat kedua selepas kalah teruk 1-5 di tangan Liverpool, sekali gus menimbulkan lagi tanda tanya mengenai kemampuan mereka memenangi mahkota liga musim ini.