LONDON: Laluan Arsenal ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah tampak rumit jika ia gagal menundukkan Galatasaray malam ini, selepas ia tewas kepada Borussia Dortmund bulan lalu.
Anak didik Arsene Wenger bukan sahaja tewas 2-0 kepada Dortmund, malah disekat daripada mengatur sebarang serangan bermakna oleh pasukan Jerman dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D.