Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

OLIMPIK

Atlet muncul 'lebih kuat' daripada Covid-19

Feb 27, 2021 | 05:30 AM



LOS ANGELES: Keprihatinan bahawa gangguan kepada latihan ekoran pandemik Covid-19 akan menjejas persembahan atlet di Sukan Olimpik Tokyo tidak berasas kerana ramai atlet yang keluar daripada sekatan pergerakan di negara masing-masing lebih "kuat" daru sebelumnya, kata juara Olimpik lima kali, Katie Ledekcy.



Seperti ramai atlet lain, perenang Amerika berusia 23 tahun itu, terpaksa mengubah rejim latihannya setelah kolam renang ditutup bagi mengawal penularan Covid-19. Temasya Olimpik itu juga terpaksa ditangguh setahun.



Menurut Ledecky, pada mulanya beliau telah berlatih di kolam renang di rumahnya selain melakukan senaman angkat berat untuk mengekalkan tahap kecergasannya.



Namun, kini beliau telah kembali berlatih seperti biasa dan merasakan keadaan fizikalnya lebih baik pasca pandemik.



Beliau bukan seorang.



Keputusan daripada pertandingan peringkat setempat dan antarabangsa umumnya menunjukkan tidak ada kemerosotan dari segi persembahan.



"Saya tidak rasa ia menjejas atlet.



"Keputusan pertandingan menunjukkan keputusan yang kompetitif dan sama, malah lebih baik, daripada sebelumnya," ujar beliau.



Ledecky berkata atlet sedunia telah menunjukkan daya tahan mereka dan keupayaan menyesuaikan diri.



"Mungkin tempoh rehat itu telah menyegarkan tubuh-tubuh kami, saya tidak tahu, tapi ada juga atlet yang mencatatkan keputusan lebih baik selepas pandemik," ujarnya lagi. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >