Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Atlet Olimpik akan tidur lena walau tanpa penghawa dingin di Paris: Presiden IOC

Jul 26, 2023 | 07:53 PM



PARIS: Walaupun suhu Julai di Paris kadangkala meningkat melebihi 40 darjah Celsius, presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yakin atlet akan dapat tidur dengan selesa di tempat penginapan mereka yang tidak berhawa dingin semasa berlangsungnya Sukan Olimpik 2024, katanya pada Selasa.


“Jawatankuasa penganjur telah mengambil banyak langkah menyediakan suasana di tempat kediaman dengan suhu di bawah 6 darjah Celsius, berbanding suhu luar,” tambah Encik Thomas Bach semasa lawatan ke tapak penginapan atlet itu.

Paris, seperti kebanyakan bandar Eropah, telah mengalami musim panas yang sangat panas dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan suhu meningkat kepada 43 darjah Celsius pada Julai 2022.

Tetapi Encik Bach berkata bahawa beliau tidak bimbang tentang gelombang haba yang menjejaskan keselesaan 15,000 atlet yang dijangkakan semasa Sukan Olimpik dan Sukan Paralimpik, kerana IOC juga terpaksa berhadapan dengan suhu dan kelembapan yang tinggi semasa Sukan Olimpik Tokyo pada 2021.

“Kami akan mendapat manfaat daripada pengalaman ini apabila ia datang ke Paris,” tambahnya.

Penganjur Paris 2024 telah memutuskan untuk tidak memasang penghawa dingin di Perkampungan Atlet, bagi mengehadkan jejak karbon Sukan Olimpik tersebut.

Encik Laurent Michaud, pengarah Perkampungan Olimpik dan Paralimpik untuk Paris 2024, berkata bahawa ia tidak diperlukan kerana “dengan penebat bangunan kita boleh menahan kesejukan malam sehingga lewat keesokan harinya dan itu membantu mengekalkan suhu yang boleh diterima di dalam bangunan”.

Beliau menambah bahawa mereka menganggarkan walaupun dengan suhu 38 darjah Celsius di luar, mereka akan dapat mengekalkan suhu hingga 26-28 darjah Celsius di dalam bangunan, dengan bantuan kipas, yang termasuk dalam pengiraan jejak karbon.

Untuk mengurangkan sisa dan kos pengangkutan, penganjur juga telah memilih rangka katil kadbod kitar semula, yang boleh memuatkan sekitar 140kg.

“Mereka akan sangat gembira. Saya juga mempunyai peluang untuk menguji katil dan saya boleh memberi jaminan kepada mereka bahawa mereka akan tidur dengan lena di atas katil ini,” kata Encik Bach, yang menghabiskan 15 minit melawat tapak di Saint-Denis di utara Paris dan mengisytiharkan Kampung itu sebagai “sangat terancang” dan “sangat padat”.

Kemudian, beliau belayar menyusuri Sungai Seine untuk menyertai majlis perasmian yang belum pernah berlaku sebelum ini bagi Sukan tersebut.

Majlis itu akan membawa acara itu keluar dari persekitaran stadium tradisionalnya dan lebih daripada 100 bot akan membawa pasukan di sepanjang Sungai Seine melepasi Menara Eiffel.

Encik Bach juga menerima obor Olimpik yang baru dilancarkan, reka bentuk anggun yang diperbuat daripada keluli kitar semula oleh ArcelorMittal.

Usain Bolt, pelari pecut Jamaica yang kini bersara yang memenangi lapan pingat emas Olimpik, juga mencuba obor dan berjanji: “Saya akan berada di sini tahun depan bersama keluarga saya.” – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >