MADRID: Pertemuan antara Atletico Madrid dengan Chelsea dalam perlawanan pertama peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara di Stadium Vicente Calderon awal pagi esok (waktu Singapura) menjanjikan persaingan sengit kerana kededua pasukan mahu mengejar impian sendiri.
Atletico kini menikmati musim terbaik dalam liga domestik di Sepanyol sejak menjadi juara berganda pada 1996 tetapi tidak pernah melangkah sejauh ini dalam Liga Juara-Juara.