IBTIHAJ Muhammad sangat berharap sejarah yang diciptanya untuk tampil dalam temasya Sukan Olimpik Rio akan membantu mengubah pandangan terhadap orang Islam di Amerika Syarikat apabila beliau menjadi atlit Amerika Syarikat yang pertama bertanding dengan memakai hijab.
Atlit lawan pedang Afrika-Amerika berusia 30 tahun dan amat berbakat itu telah pun menempa tempatnya dalam pasukan Olimpik negaranya selepas mengumpulkan mata yang mencukupi di kejohanan Piala Dunia di Greece pada Januari lalu.