Atlit Singapura boleh manfaat kemudahan Fitness First di 16 negara

FITNESS First dan Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) mengumumkan pada Isnin penajaan selama tiga tahun bernilai $1.3 juta (dalam bentuk barangan) kumpulan kesihatan dan kecergasan itu, bagi menyokong atlit Singapura menjelang temasya sukan utama termasuk Sukan Olimpik tahun depan dan Sukan SEA 2017.

Tajaan itu ialah bagi tempoh 2016 hingga 2018

Di bawah perjanjian tersebut, Fitness First akan menyediakan 200 keahlian antarabangsa untuk atlit Singapura yang sedang berlatih bagi temasya sukan utama.

Atlit yang memegang keahlian itu boleh mengakses kelab kumpulan tersebut di 16 negara, yang berjumlah lebih 300, dan juga 16 kelab itu di Singapura.

SNOC akan memilih atlit selepas berunding dengan persatuan sukan kebangsaan tempatan.

Keahlian boleh diperbaharui setiap tahun.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 69
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.