PIALA ASIA

Australia juara Asia buat kali pertama

SYDNEY: Australia ialah juara Asia buat julung-julung kali selepas ia menewaskan Korea Selatan 2-1 dalam final yang diheret ke masa tambahan.

Walau permainan dikuasai Korea, Australia membuka tirai jaringan sejurus sebelum waktu rehat menerusi Massimo Luongo dan jaringan kekal 1-0 sehingga minit ke-90.

Namun 'perayaan' yang dinantikan oleh sekitar 80,000 penyokongnya di Stadium Olimpik terpaksa ditangguh apabila Son Heung-min menjaringkan gol penyamaan bagi Korea pada masa kecederaan, mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Di penghujung babak pertama masa tambahan, James Troisi menjaringkan gol kedua bagi pasukan tuan rumah dan ia berjaya memelihara kelebihan 2-1 sehingga penghujung perlawanan. - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 69
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.