MISI di gelanggang Sukan SEA sudah pun tercapai.
Akhirnya, pegawai dan pemain sepak takraw nasional berpeluang mengunjungi rakan malang mereka, Muhammad Azreen Sairudin, yang masih dirawat di Hospital Tan Tock Seng pada Selasa lalu menyusuli satu kemalangan serius motosikal pada 7 Jun lalu - kejadian yang turut meragut nyawa adiknya.