Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bahang kejohanan Piala Nations kian dirasa

Dec 02, 2017 | 03:22 PM



PASUKAN dari negara yang menyertai edisi ke-12 Piala Nations Mission Foods telah tiba di Singapura bagi pertandingan bola jaring tahunan itu yang akan bermula di Arena OCBC Hab Sukan Singapura esok.



Kapten pasukan Singapura, Malaysia, Ireland, Swaziland dan Cook Islands hadir untuk satu sesi bergambar di bumbung People’s Park Complex di Chinatown pagi tadi.



Kapten pasukan Singapura, Vanessa Lee, berkata Piala Nations Mission Foods merupakan pertandingan besar bagi mereka dan pasukan bola jaring negara berasa ghairah.



“Pertandingan itu diadakan di Singapura, jadi teman dan keluarga kami juga berada di sini untuk memberi kami sokongan.



“Kami tidak sabar bermain menentang Ireland esok,” kata Lee.



Pasukan negara akan bertemu pasukan dari Ireland di gelanggang bagi perlawanan pertama dalam pertandingan itu.



Mereka akan dibimbing jurulatih baru, Natalie Milicich, yang baru sahaja dinamakan Jurulatih Prestasi terbaik tahun ini oleh Netball New Zealand awal minggu ini.



Penonton boleh menjangkakan aksi saingan hebat antara pasukan yang bertanding di pertandingan yang berlangsung sehingga 9 Disember itu.



Pertandingan itu akan bermula dengan upacara pembukaan sekitar 2 petang dan disusuli dengan perlawanan pertama antara Singapura dengan Ireland sekitar 3 petang.



Malaysia akan bermain menentang Cook Islands pada 5 petang manakala Hongkong pula akan bermain menentang Swaziland pada 7 malam.



Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melungsuri laman web www.netball.org.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >