SELEPAS menyarungi jersi negara sebanyak 107 kali, tunggak pertahanan skuad bola sepak Singapura, Baihakki Khaizan, tahu apa yang diperkatakannya.
Jadi, pengakuannya - sebelum skuad Bawah 23 Tahun Singapura berlepas ke Incheaon pagi semalam - bahawa mereka mampu "meloloskan diri daripada peringkat kumpulan" dan mara ke pusingan kedua di medan Sukan Asia di Korea Selatan itu bukan kata-kata kosong.