PARIS: Pemain termahal dunia, Gareth Bale, bakal bersemuka dengan penjaga gawang 'bebas' yang masih mencari-cari kelab apabila dua pasukan yang tampil buat pertama kali di Euro ini - Wales dan Ireland Utara - bertembung di pusingan kalah mati hari ini (12 tengah malam ini waktu Singapura).
Bintang Real Madrid, Bale, yang berjaya menemui sasaran dalam kesemua perlawanan awal untuk membantu negaranya menjuarai kumpulannya - mengatasi England - sememangnya dijangka menyinar di pentas bola sepak terbesar Eropah ini.