Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA DUNIA 2014

Balotelli bantu Italy atasi England 2-1

Walah bermain dengan baik England tewas kerana kecuaian barisan pertahanan.
Jun 16, 2014 | 12:51 PM



WALAU bermain dengan baik, hasrat England untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati dari Kumpulan D menerima tamparan awal selepas ia tewas 1-2 kepada Italy dalam perlawanan mengasyikkan di Arena Amazonia di Manaus.


Penyerang AC Milan Mario Balotelli menjaringkan gol kemenangan lima minit selepas separuh masa kedua bermula, selepas separuh masa pertama berakhir dengan jaringan terikat 1-1.


England memburu gol sebaik sahaja wisel pertama ditiup pengadil dengan dua pemain Liverpool Raheem Sterling dan Jordan Henderson bergilir-gilir menguji Salvatore Sirigu yang menggantikan penjaga gawang veteran Italy Gianluigi Buffon yang cedera.


Sebaliknya, walau England telah mencipta peluang gol lebih baik, Italy membuka tirai jaringan dalam minit ke-35.


Tendangan sudut yang diambil dengan hantaran pendek dibiarkan oleh Andrea Pirlo, sekaligus memperdayakan pertahanan England yang tercegat melihat Claudio Marchisio merembat bola kencang yang meleret menewaskan Joe Hart di gawang England.


Namun kelebihan yang dinikmati anak didik Cesare Prandelli hanya kekal selama kurang tiga minit.


Raheem Sterling yang diberikan peranan bebas oleh Roy Hodgson membelah pertahanan Italy dengan hantaran cantik ke Wayne Rooney di sayap kiri. Tanpa berhenti berlari, penyerang Manchester United itu mengumpan bola melewati pertahanan Italy dan menemui Daniel Sturridge yang melakukan separuh voli untuk menewaskan Salvatore Sirigu.


Italy mempunyai dua peluang keemasan untuk menambah jaringan di akhir separuh masa pertama apabila Balotelli menewaskan Hart yang terkandas jauh dari gawangnya tetapi bola yang dilambung menuju sasaran berjaya ditanduk keluar oleh Phil Jagielka. Selang beberapa saat, Antoni Candreva menggegarkan tiang gol England selepas merembat bola kencang di dalam petak penalti.


Italy seoalah-olah lebih bersedia memulakan separuh masa kedua dan dalam minit ke-50, Balotelli menghukum pertahanan England yang lena untuk menewaskan Hart dengan tandukan kemas hasil hantaran tinggi Candreva untuk menjaringkan gol kedua pasukannya.


Disengat gol itu, England merancakkan tempo serangannya tetapi gagal meraih gol penyamaan walau mengancam gawang Italy beberapa kali menerusi Sterling dan Rooney.


Sebaliknya, Pirlo hampir menjaringkan gol ketiga untuk Italy melalui satu tendangan bebas yang memperdayakan Hart tetapi melantun keluar selepas terkena palang.


Dalam perlawanan pertama Kumpulan D, Costa Rica mencipta kejutan apabila ia bangkt setelah ketinggalan satu gol untuk menewaskan Uruguay yang beraksi tanpa penyerang azimat Luis Suarez 3-1.


Awal dari itu, Colombia menundukkan Greence 3-0 di Estadio Mineirao di Belo Horizonte.


NORMAN SAWI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >