BARCELONA berbekal kelebihan dua gol bagi perlawanan timbal balas di Nou Camp selepas menewaskan Paris St-Germain 1-3 di ibu kota Perancis dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara dini hari Khamis.
Bintang Brazil Neymar membuka tirai jaringan pada minit ke-18 sebelum Luis Suarez menjaringkan dua gol solo hebat dalam tempoh 12 minit di babak kedua bagi menjamin kemenangan selesa buat Barcelona.
PSG tumpul di depan gol tanpa penyerang azimat Zlatan Ibrahimovic yang digantung, tetapi penyerang Sweden itu dijangka kembali beraksi dalam perlawanan timbal balas minggu depan.
Sementara itu, juara Jerman Bayern Munich tewas mengejut 3-1 di Portugal kepada Porto.
Porto membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi gol penalti jaringan Ricardo Quaresma sebelum beliau mengganda jaringan selang tujuh minit.
Jackson Martinez menyumbat gol ketiga pada minit ke-65, menentukan Porto berbekal kelebihan dua gol selesa apabia bertandang ke Munich bagi perlawanan timbal balas minggu depan.