BARCELONA (Sepanyol): Lionel Messi menjaringkan gol kemenangan Barcelona, yang terpaksa bangkit dua kali sebelum menewaskan Villarreal 3-2 kelmarin, untuk merapatkan jurang dengan pendahulu La Liga Real Madrid kepada satu mata.
Barcelona menguasai permainan dan Luis Suarez mempunyai beberapa peluang meletakkan pasukannya di depan lebih awal tetapi Villarreal mendahului jaringan menerusi Denis Cheryshev pada minit ke- 30.