Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Barcelona nafi Neymar akan sertai United

Aug 26, 2015 | 09:00 AM



BRUGES (Belgium): Kelab bola sepak Barcelona semalam menolak desas-desus bahawa penyerang handalannya, Neymar, akan berpindah ke Manchester United dalam satu perjanjian yang mencipta rekod dunia.


Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu, juga mendedahkan kelab gergasi Sepanyol itu berminat menawarkan bintang Brazil berusia 23 tahun itu satu kontrak baru.


"Itu semua hanya khabar angin dan apa yang orang tulis, tetapi ia tidak benar," kata Bartomeu kepada stesen radio Catalunya Radio.


"Neymar gembira di Barca. Kami sama sekali tidak mahu Neymar pergi.


"Dalam masa beberapa bulan ini, kami akan membincangkan lanjutan kontrak kerana beliau ada tiga tahun lagi di bawah kontrak sekarang. Kami mahu beliau kekal dengan kami bertahun-tahun, tiga, lima, 10 atau 15 tahun lagi."


Neymar menjaringkan 29 gol musim lalu, apabila Barcelona memenangi tiga kejuaraan.


Desas-desus mengenai pemindahannya tercetus apabila naib pengerusi eksekutif United, Ed Woodward, dilaporkan mendakwa bahawa kelab tersebut mempunyai sasaran lebih besar, selepas gagal mendapatkan seorang lain pemain Barcelona, Pedro, yang berpindah dke Chelsea minggu lepas.


Jika menyertai United, Neymar diharap membantu mempertajam serangan kelab itu, yang sejauh ini hambar.


United kini berada di Belgium, tanpa penjaga gol pilihan, David de Gea, bagi bahagian kedua perlawanan penentuan Liga Juara menentang Club Brugge.


Walaupun barisan penyerangnya belum menunjukkan keberkesanan mereka, United pasukan pilihan untuk menempah tempat di peringkat kumpulan Liga Juara selepas menang 3-1 dalam perlawanan pertama minggu lalu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >