Barcelona tewaskan Sevilla 2-0 untuk julang Copa del Rey

CANNING: Jordi Alba dan Neymar menjaringkan gol pada masa tambahan apabila Barcelona menikmati kejuaraan berganda liga dan Piala dengan menjulang Copa del Rey bagi kali ke-28, dengan mengalahkan Sevilla 2-0 dalam permainan panas yang menyaksikan tiga kad merah pada Ahad (22 Mei).

Kad merah yang dilayang terhadap Javier Mascherano sebelum tamat separuh masa kerana menjatuhkan Kevin Gameiro melemahkah Barca dan mereka kian tertekan apabila penjaring gol terbanyak, Luis Suarez, terpaksa dikeluarkan pada awal babak kedua disebabkan kecederaan.

Namun, mereka menahan tekanan Sevilla selepas rehat dan keseimbangan kembali apabila Ever Banega dilayangkan kad merah kerana menjatuhkan penyerang Barcelona, Neymar, pada masa kecederaan.

Barca menguasai masa tambahan 30 minit, tetapi memerlukan hanya enam minit untuk akhirnya memecah kebuntuan apabila bole hantaran Lionel Messi ditendang sangga oleh Alba ke dalam sudut jauh gawang Sevilla.

Neymar kemudian menjaringkan gol kedua pada minit terakhir daripada satu lagi hantaran cemerlang Messi, selepas seorang lagi pemain Sevilla, Daniel Carrico, dibuang padang kerana menerima kad kuning kedua.

Sevilla juga mencari kejuaraan berganda selepas memenangi Liga Europa tiga kali berturut-turut dengan menewaskan Liverpool 3-1 pada Rabu, namun ia tidak menjadi. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 41
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.