Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Barisan pemain terbaik 2024?

Haaland, Bellingham, Vinicius dan Mbappe kelihatan bakal gantikan Messi, Ronaldo sebagai pemain pilihan bagi Ballon d’Or 2024
Jun 23, 2023 | 12:25 PM



LONDON: Kapten Argentina Lionel Messi dijangka menjulang anugerah pemain bola sepak terbaik dunia – Ballon d’Or 2023 – menyusuli pencapaiannya memimpin negaranya memenangi Piala Dunia 2023 di Qatar.


Namun, mulai 2024 barisan pemain yang bakal dicalonkan bagi anugerah itu dijangka berubah dengan beberapa bintang dunia di ambang persaraan atau telah berpindah ke pertandingan di luar Eropah.

Cristiano Ronaldo dan Messi, yang paling kerap menjulang anugerah itu sejak 15 tahun lalu, mungkin tidak dinamakan sebagai calon Ballon d’Or 2024. Ronaldo kini beraksi di Arab Saudi, sementara Messi di Amerika Syarikat.

Karim Benzema, yang ditabal pemain terbaik dunia pada 2022, juga akan berpindah ke Arab Saudi, sementara Luka Modric, 37 tahun, yang menang anugerah itu pada 2018, dijadualkan bersara tidak lama lagi meskipun beliau dilaporkan telah bersetuju dengan Real Madrid untuk kekal di kelab itu pada musim akan datang.

Berikut beberapa pemain yang kelihatan akan mengambil alih daripada mereka pada 2024.







Jude Bellingham (Real Madrid)







Antara pemain terbaik semasa Piala Dunia di Qatar, Bellingham menjadi pemain remaja ketiga paling mahal dalam sejarah dan pemain asal England kedua paling mahal apabila beliau berpindah daripada Borussia Dortmund untuk menyertai Real Madrid pada bayaran 103 juta euro ($151.9 juta).

Beliau gagal membimbing Dortmund untuk menjuarai liga Bundesliga namun cemerlang pada musim terakhirnya di Jerman, termasuk dinamakan sebagai kapten paling muda kelab itu pada usia hanya 19 tahun pada Oktober 2022.

Bellingham, yang meninggalkan Birmingham City, untuk menyertai Dortmund pada bayaran £25 juta ($42.9 juta) pada 2020, menjaringkan 14 gol dan membantu dalam tujuh jaringan bagi 42 penampilan pada 2022-23.







Erling Haaland (Manchester City)







Pemain pertama memenangi anugerah Pemain Terbaik dan Pemain Muda Terbaik Liga Perdana England (EPL) dalam satu musim ini adalah pemain yang paling mungkin menggantikan Ronaldo, Lionel Messi dan bintang lain setaraf mereka.

Haaland memecahkan rekod dalam musim pertamanya di England, dengan menjaringkan 36 gol – memecahkan rekod 34 gol yang dikongsi Alan Shearer dan Andy Cole yang sudah bertahan selama 30 tahun.

Pemain berusia 22 tahun ini mengakhiri musim lalu dengan 52 gol dalam 53 penampilan, menjadikan penyerang asal Norway ini pemain kedua dalam sejarah bola sepak peringkat tinggi England – dan pertama dalam 95 tahun – yang menjaringkan lebih 50 kali dalam semua pertandingan.

Dengan 229 gol bagi kelab dan negara sejauh ini, beliau mungkin boleh memecahkan rekod sepanjang masa Ronaldo sebanyak 837 gol.







Vinicius Jr (Real Madrid)







Menyusuli kemenangan besar Real ke atas Liverpool dalam pusingan 16 pasukan terbaik Liga Juara-Juara pada Mac, ketua jurulatih Carlo Ancelotti menyifatkan Vinicius sebagai “pemain paling penting di mana-mana sahaja di dunia – orang yang paling menentukan keputusan perlawanan secara konsisten”.

Pemain Brazil ini, yang meranapkan pertahanan Manchester City dengan ketangkasannya pada 2021-22, mempunyai 23 gol dan 21 assist dalam semua pertandingan pada musim lalu – ketiga paling banyak dalam liga terbesar Eropah di belakang Haaland dan Kylian Mbappe.


Namun, beliau beberapa kali menjadi sasaran cemuhan perkauman yang menimbulkan kemarahan di Sepanyol dan Brazil.

Tujuh orang kemudiannya dihukum kerana tindakan perkauman, Valencia dikenakan hukuman penutupan sebahagian stadiumnya dan Vinicius sendiri direkrut oleh Fifa menjadi anggota sebuah pasukan petugas antiperkauman baru

Kylian Mbappe (Paris St-Germain)







Penyerang Perancis ini menjaringkan 212 gol dan membantu dalam 98 jaringan dalam 260 perlawanan sejak menyertai Paris St-Germain (PSG) daripada Monaco pada 2017, sekali gus membantu kelab itu memenangi 13 trofi domestik.

Beliau salah seorang pemain tonggak Perancis yang memenangi Piala Dunia pada 2018, dan telah menjaringkan 38 gol dalam 88 penampilan bagi Les Blues, menjadi penjaring kelima terbanyak negara itu.

Namun, hasrat Mbappe mempertahankan Piala Dunia Perancis di Qatar tidak kesampaian, walaupun beliau menjaringkan hatrik dalam final, apabila negaranya ditewaskan oleh Argentina. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >