Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

LIGA JUARA-JUARA EROPAH

Bayern belasah Porto 6-1, mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara

Apr 22, 2015 | 09:48 AM



BAYERN MUNICH bukan sahaja bangkit dari kekalahan 1-3 dalam suku akhir pertama, malah ia membelasah FC Porto 6-1 di stadium sendiri bagi meraih kemenangan agregat 7-4 dan mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah.


Anak didik Pep Guardiola terlalu perkasa, terutama dalam babak pertama; apabila gol oleh Thiagao Alcantara, Jerome Boateng, Robert Lewandowski dan Thomas Muller menentukan ia masuk ke waktu rehat dengan kelebihan 5-0.


Jackson Martinez menjaring gol sagu hati bagi Porto pada minit ke-73, sebelum Xabi Alonso menyumbat gol keenam dan terakhir bagi Bayern dua minit sebelum permainan berakhir.


Sementara itu, di Nou Camp, dua gol oleh bintang Brazil Neymar menjamin kemenangan 2-0 bagi Barcelona ke atas Paris St-Germain, bermakna ia melangkah ke separuh akhir dengan keputusan agregat 5-1.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >