LONDON: Zinedine Zidane adalah calon yang tepat bagi memimpin Real Madrid, kata bekas rakan sepasukannya, David Beckham, menyusuli berita pemecatan Rafa Benitez yang digantikan oleh pemenang Piala Dunia bersama Perancis itu.
"Tiada (calon) yang lebih baik daripada ini," kata bekas bintang England itu, yang pernah bermain di samping Zidane semasa kededuanya menyarungi jersi Real selepas menyertai kelab gergasi Sepanyol itu dari Manchester United pada 2003, melalui akaun Instagramnya.