PERLAWANAN antara Geylang International dengan Warriors FC esok bukan sahaja pertemuan antara dua seteru tradisi, malah perbalahan antara dua pemain dengan form terbaik dalam liga setakat ini.
Penjaring gol terbanyak Jonathan Behe - dengan lima gol - memimpin barisan depan Warriors yang akan cuba menembusi benteng Sang Helang yang 'dikawal' Yuki Ichikawa. Hanya Stipe Plazibat dari Hougang United telah menjaringkan jumlah gol sama setakat ini.