LONDON: Bekas jurulatih di tengah-tengah skandal seksual yang menggegarkan bola sepak England, Barry Bennell, kelmarin dikenakan lapan tuduhan kesalahan mendera kanak-kanak, ujar pendakwa.
Bennell, yang pernah menjalani hukuman penjara tiga kali kerana kesalahan seksual ke atas kanak-kanak sebelum ini, kini dihadapkan pelbagai tuduhan daripada sekurang-kurangnya 20 bekas pemain - kes yang meliputi tiga dekad dan bermula seawal 1970-an apabila dia pernah menjadi jurulatih bersama Crewe Alexandra, Manchester City dan Stoke City.