Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bekas ketua IAAF letak jawatan sebagai presiden Yayasan Atletik Antarabangsa

Nov 11, 2015 | 03:26 PM



LAUSANNE: Bekas presiden Persekutuan Atletik Amatur Antarabangsa (IAAF), Lamine Diack, meletak jawatan sebagai presiden Yayasan Atletik Antarabangsa (IAF) pada Selasa (10 Nov) berikutan tuduhan rasuah yang menggegarkan sukan trek dan padang.


"IAAF mengesahkan bahawa malam ini (Selasa) ia telah menerima surat daripada Lamine Diack yang meletak jawatannya sebagai presiden Yayasan Atletik Antarabangsa," kata IAAF dalam satu kenyataan.


"Perbincangan akan diadakan dalam masa terdekat mengenai IAF dan pelantikan seorang presiden baru IAF."


Ditubuhkan oleh IAAF pada 1986, misi utama yayasan itu ialah "membantu badan dunia yang mengawal atletik trek dan padang... dan badan atletik negara kerabatnya dalam mengekalkan pembangunan dan promosi atletik di seluruh dunia".


Diack mengambil alih sebagai presiden IAF, yang mengeluarkan anugerah atletik terbaik dunia setiap tahun, pada 1999.


Minggu lalu IAAF membatalkan majlis penganugerahan tahun ini beberapa hari selepas Diack dikenakan tuduhan oleh polis Perancis kerana disyaki menerima rasuah untuk menutup kes dadah dalam sukan. - AFP .




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >