PARIS: Warga Perancis, Jean Garcia, telah dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) sementara dan setiausaha agung Persekutuan Amatur Antarabangsa (IAAF), manakala pertubuhan atletik dunia itu cuba membersihkan imej yang dicemari gejala rasuah.
Bekas pelari pecut berusia 60 tahun itu akan mengambil alih jawatan daripada Essar Gabriel - juga warga Perancis - yang mengundurkan diri selepas penggal kepimpinannya berakhir Oktober lalu.