MADRID: Mahkamah di Sepanyol mendapati bekas pemain bola sepak Barcelona dan Brazil, Dani Alves, bersalah kerana merogol seorang wanita di kelab malam Barcelona.
Dia dijatuhi hukuman penjara empat setengah tahun.
Pemain berusia 40 tahun itu yang merupakan salah seorang pemain bola sepak paling terkenal dalam sejarah, menafikan melakukan serangan seksual terhadap wanita itu pada awal pagi 31 Disember 2022.
Peguamnya telah meminta pembebasan anak guamnya itu dan akan merayu terhadap keputusan mahkamah.
Peguam yang mewakili mangsa berkata pihaknya mengalu-alukan keputusan tersebut, dengan menyatakan bahawa ia “mengiktiraf kebenaran apa yang mangsa beritahu dan penderitaan yang dialaminya”.
Selain menjatuhi hukuman penjara empat setengah tahun kepada Alves, mahkamah berkata dia harus menjalani tempoh pemantauan selama lima tahun lagi.
Pihak pendakwaan telah meminta hukuman penjara sembilan tahun.
Seawal usia 18 tahun, Rayyan Afiq Mohamed Azlin menubuhkan agensi pemasaran dengan dua rakan pempengaruh apabila memerhatikan adanya kelompangan dalam segmen pemasaran bagi Generasi Z.
Sebagai
Tak faham bahasa yang digunakan generasi kini? Ruangan GenKini Berita Harian mengajukan soalan kepada ‘Tia dan Tio’.
Kali ini, mereka menjelaskan penggunaan istilah ‘periodt’ dan ‘side eye’.
Perkataan
Trend mekap Asoka – filem Bollywood pada 2001 yang menampilkan pelakon Kareena Kapoor – mengajak pengguna media sosial menari mengikut irama salah satu lagu filem itu, San Sanana,
Trend itu juga
Golongan Generasi Z membesar dalam persekitaran yang berkembang pesat dengan teknologi digital.
Justeru, mereka mahir menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk segalanya termasuk penyelidikan
Senang kata, acara karpet merah Met Gala tidak asing lagi dengan ulasan warganet yang negatif.
Digelar sebagai acara fesyen termasyhur sedunia, ia kian mempunyai kesan budaya yang begitu besar dalam
Bait-bait lirik lagu asal Ahmad Albar, Gadis Melayu, yang mempunyai dua versi susulan daripada biduan Singapura, Othman Hamzah dan legenda Malaysia, Datuk Jamal Abdillah, ‘melekat’ di fikiran pada 11
Pembukaan lagu, Campak Bintang, ini saja cukup untuk menimbulkan semangat kewiraan penulis, seolah-olah satu undangan untuk menyelongkar seni kata lagu ini dengan lebih dekat.
Setulusnya, apabila
Kehilangan gigi boleh memberi kesan kepada keyakinan diri, kesukaran menikmati hidangan dan juga kelancaran pertuturan, malah memberi kesan kepada struktur muka seseorang.
Kepada individu yang kesemua
Gigi palsu adalah pengganti bagi gigi asli yang tanggal dan menjejas tisu di sekelilingnya.
Peranti prostetik itu berfungsi sebagai penyelesaian praktikal bagi individu yang tanggal gigi disebabkan
Kisah cinta Rizky Febian dan Mahalini dilestarikan dalam lagu, Bermuara, sempena pernikahan mereka baru-baru ini.
Biarpun bukan kali pertama kedua-dua insan bercinta ini berkolaborasi, namun rasanya

Di Sepanyol, kes rogol disiasat di bawah tuduhan umum serangan seksual, dan sabitannya boleh membawa kepada hukuman penjara dari empat hingga 15 tahun.
Menurut media Sepanyol, mahkamah mengambil kira keputusan Alves membayar ganti rugi 150,000 euro ($218,150) kepada mangsa tanpa mengira keputusan perbicaraan.
Namun, mahkamah menolak hujah peguamnya bahawa dia seharusnya dikenakan hukuman lebih ringan kerana mabuk.
Isterinya, Cik Joana Sanz, 31 tahun, berkata Alves kelihatan sangat mabuk apabila dia pulang ke rumah mereka di Barcelona pada malam kejadian dan telah terlanggar perabot sebelum rebah di atas katil.
Tetapi mahkamah berhujah bahawa pengambilan alkohol tidak menjejas kelakuannya.
Pendakwa raya berkata Alves dan rakan telah membeli champagne untuk tiga wanita muda sebelum Alves menarik salah seorang daripada mereka ke ruang VIP lengkap dengan tandas di kelab malam itu.
Peguamnya berhujah bahawa pada ketika itu dia menjadi ganas, memaksa wanita itu melakukan hubungan seks walaupun wanita itu meminta berulang kali untuk keluar daripada bilik itu.
Dalam satu kenyataan, mahkamah berkata terdapat bukti selain keterangan mangsa yang membuktikan dia telah dirogol.
Alves mula-mula menafikan mengetahui mangsa tetapi kemudian mendakwa telah bertemu dengannya di dalam tandas tetapi tiada apa-apa berlaku antara mereka.
Dia kemudian mendakwa mereka telah melakukan hubungan seks secara suka sama suka.
Alves bermain lebih 400 kali buat Barcelona, menangi enam kejuaraan liga dan tiga Liga Juara-Juara dalam dua musim bersama kelab itu.
Dia juga merupakan sebahagian skuad Piala Dunia 2022 Brazil. – Agensi berita.