RIO DDE JANEIRO: Joao Havelange, bekas presiden Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) yang dicemari rasuah, telah meninggal dunia pada usia 100 tahun, menurut seorang jurucakap hospital di sini pada Selasa (16 Ogos).
Berita itu, disiarkan mula-mula oleh media Brazil, disahkan oleh Andresa Feijo, jurucakap Hospital Samaritano di Rio de Janeiro. Havelange dirawat di hospital itu bagi pneumonia pada Julai lalu.
Beliau menjadi presiden Gabungan Sukan Brazil dari 1956 hingga 1974 dan mengetuai Fifa dari 1974 hingga 1998.
Mendiang membantu Brazil memenangi usaha menjadi tuan rumah Piala Dunia 2014 dan Sukan Olimpik 2016.
Beliau dipuji kerana membantu mengubah bola sepak menjadi satu kisah kejayaan global, tetapi legasinya tercemar oleh tuduhan rasuah serius.
Havelange meletak jawatan sebagai presiden kehormat Fifa pada 2013 selepas satu laporan mendapati beliau mengambil rasuah. - AFP