SEJAK 2008, Encik Shaharum Sulaiman dan isterinya, Cik Mazlindah Abdul Ma'moon, menganggarkan telah berbelanja sekitar $50,000 demi menampung minat lumba motosikal anaknya.
Penglibatan Arsyad Rusydi dalam Piala Asia Dream (ADC) tahun ini sahaja menelan belanja sekitar $18,000. Sementara motosikal disediakan penganjur, penginapan, tiket penerbangan dan kos sara hidup, termasuk untuk seorang mekanik di rantau, perlu ditampung sendiri.