BELO HORIZONTE: Berbanding dulu, peminat dan pemerhati bola sepak kini memandang tinggi pasukan Belgium yang muda dan berbakat itu.
Dengan menurunkan barisan pemain yang kebanyakannya beraksi dalam Liga Perdana England, Belgium dijangka tidak menghadapi masalah mengetepikan pasukan dari utara Afrika, Algeria, dalam perlawanan pembukaan Kumpulan H tengah malam ini.