LONDON: Dua jaringan penyerang Crystal Palace, Christian Benteke, ke atas bekas kelabnya, Liverpool, mungkin memberikan tamparan hebat buat pasukan Merseyside itu sedang mereka memburu tempat untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara.
Ini sekali gus membantu meningkatkan peluang Manchester United yang berjaya menundukkan Burnley 2-0 sebelum perlawanan di Anfield itu malam kelmarin.