LONDON: Dengan penyerang Christian Benteke menemui semula sentuhan gol tepat pada masanya, ia tentunya berita baik bagi pengurus Aston Villa, Tim Sherwood, dalam usaha menyelamatkan pasukan itu daripada diturunkan di penghujung musim Liga Perdana England (EPL) ini.
Sekalipun terkial-kial membuktikan potensi sebenarnya sejak permulaan musim ini tujuh bulan lalu, jaringan hatrik pemain Belgium itu semasa membantu Villa seri 3-3 dengan Queens Park Rangers (QPR) dinihari semalam merupakan petanda jelas beliau kini berada di tahap terbaiknya.