Benzama ditahan berkaitan peras ugut video seks Valbuena

VERSAILLES: Bintang bola sepak Perancis, Karim Benzema, ditahan bagi disoal siasat pada Rabu (4 Nov) berkaitan dakwaan peras ugut mengenai video seks yang memapar rakan sepasukannya, Mathieu Valbuena.

Pemain Real Madrid berusia 27 tahun itu tiba dengan hud menutup kepalanya di balai polis di Versailles, dekat Paris, awal hari itu dan diletak dalam tahanan.

Penyiasat cuba menentukan sejauh mana pelibatan Benzema dalam percubaan berbulan lama untuk memeras wang daripada Valbuena, rakannya dalam pasukana Perancis, selepas video itu jatuh ke tangan suspek pemeras ugut.

Menurut sumber, Benzema menyebut tentang video intim kepada Valbuena apabila pasukan Perancis bertemu untuk latihan berhampiran Paris pada awal Oktober, menjelang perlawanan menentang Armenia dan Denmark.

Penyerang itu mengetahui tentang video tersebut daripada seorang kawan abangnya di Lyon yang telah dihubungi suspek pemeras ugut dengan tujuan melibatkan Benzema dalam skim mereka.

Polis sedang menentukan sama ada Benzema hanya mengusik Valbuena apabila beliau menyebut tentang video tersebut atau cuba membuat Valbuena bayar kumpulan pemeras ugut itu, yang telah didakwa dan ditahan bulan lalu.

Kes itu bermula pada Jun, apabila Valbuena membuat aduan kepada polis selepas menerima panggilan telefon daripada orang tidak dikenali yang berkata dia mempunyai video seks itu.

Pemanggil itu tidak menetapkan sebarang jumlah wang tetapi berkata mereka harus mencapai persejutuan.

Mereka mengugut akan melepaskan video itu menjelang Kejohanan Eropah 2016, yang dihos oleh Perancis.

Siasatan membawa kepada tangkapan tiga lelaki, termasuk seorang yang pernah menjadi anggota rombongan Valbuena dan mempunyai akses terus ke telefon pemain bola sepak itu yang mengandungi video seks tersebut.

Dua daripada mereka juga dikatakan mempunyai hubungan dengan Djibril Cisse, seorang lagi pemain antarabangsa Perancis dan bekas rakan sepasukan Valbuena di Marseilles, dan berjaya membuat Cisee membayar mereka bagi sebuah video seks pada 2008.

Cisse ditahan untuk disoal siasat bulan lalu tetapi dengan cepat dilepaskan tanpa didakwa. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 21
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.