SALVADOR (Brazil): Jurulatih Perancis, Didier Deschamps, menghamburkan pujian kepada Karim Benzema selepas melihat penyerangnya itu menunjukkan prestasi cemerlang di barisan serangan pasukan itu semasa membelasah Switzerland 5-2 di sini awal pagi semalam.
Menyusuli kejayaan dua golnya dan nyaris mencatatkan hatrik semasa membuka tirai Kumpulan E ini beberapa hari lalu, Benzema sekali lagi memporak-perandakan benteng Switzerland dalam pertemuan di Arena Fonte Nova - menemui sasaran sekali dan merintis dua peluang gol yang lain.