LONDON: Penyerang AS Monaco, Dimitar Berbatov, berharap mendapatkan semula sentuhan golnya ke atas bekas musuh ketatnya apabila kelab Perancis itu bertandang ke London bagi perlawanan pusingan 16 pasukan terakhir Liga Juara-Juara Eropah menentang Arsenal hari ini (3.40 pagi esok waktu Singapura).
Bintang Bulgaria itu masih disanjungi selepas menyumbatkan 46 gol bagi bekas kelab lamanya, Tottenham Hotspur - yang merupakan musuh tradisi Arsenal - sepanjang dua musim di White Hart Lane sebelum menyarungi pula jersi Manchester United pada September 2008.