Liga S

Bertafakur mengingati sumbangan ikon bola sepak negara

CUACA muram yang menyebabkan perlawanan Liga S antara Warriors FC dengan Tampines Rovers di Stadium Jalan Besar ditangguh 90 minit sebentar tadi mengiringi tempoh bertafakur seminit demi memperingati sumbangan bekas kapten pasukan bola sepak nasional Lee Kok Seng yang meninggal dunia minggu lalu.

Pemain dan pegawai kededua pasukan serta penyokong bertafakur selama seminit sementara menonton gambar-gambar Lee yang ditayangkan di papan tanda elektronik. Ini adalah malam kedua berturut-turut Liga S memperingati Lee.

Lee, 81 tahun, meninggal dunia di Hospital Besar Singapura Jumaat lalu akibat penyakit radang paru-paru.

Beliau beraksi sebagai kapten selama 11 tahun, dari pertengahan tahun 1950-an hingga pertengahan tahun 1960-an. Beliau menjulang Piala Malaysia empat kali, termasuk dalam 1965, sejurus selepas Singapura berpisah dengan Malaysia.

Lee meninggalkan tiga orang anak - dua lelaki Ivan (55 tahun) dan Vincent (48 tahun) serta seorang anak perempuan Serene (50 tahun).

NORMAN SAWI

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 69
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.