Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bertafakur untuk MH370 sebelum F1 Sepang bermula

Mar 27, 2014 | 07:15 PM



SEPANG, Malaysia (AFP) - Penganjur Grand Prix Malaysia akan mengadakan acara bertafakur selama seminit bagi mengenang tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, yang dipercayai terhempas di selatan Lautan Hindi pada 8 Mac lalu.


Tragedi itu juga telah mencetuskan suasana muram dan menjejas jumlah penjualan tiket perlumbaan tersebut.


Pasukan-pasukan yang bertanding dan para penonton akan berdiam selama seminit sebelum perlumbaan Formula Satu (F1) itu dimulakan Ahad ini, sebagai memberi penghormatan kepada 239 orang dalam pesawat MH370 yang hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.


"Satu majlis penghormatan dirancang Ahad ini, bertafakur selama seminit sebelum perlumbaan bermula," kata Dato Razlan Razali, ketua pegawai eksekutif (CEO) litar Sepang kepada agensi berita AFP.


"Persaudaraan Formula Satu akur dan bersimpati dengan apa yang kami semua hadapi," tambah beliau.


Semasa perlumbaan, pasukan-pasukan F1 dan para pemandunya juga dijangka memberi penghormatan dengan mesej-mesej diletakkan di kereta dan topi keledar mereka.


Para peminat pula boleh menulis mesej-mesej di dinding takziah yang disediakan.


Mneyentuh penjualan tiket, Dato Razlan berkata penjualan tiket merosot sebanyak setengah berbanding tahun-tahun sebelumnya.


Pada hari perlumbaan tahun lalu, 84,000 penonton menghadiri litar Sepang yang boleh memuatkan 120,000 orang.


Namun, jika penjualan tidak meningkat, bilangan penonton mungkin hanya 42,000 orang tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >