KALAU nak ikut dapatan tinjauan dan maklum balas peminat, nampaknya Liverpool - berdasarkan jumlah respons - akan menang dalam perlawanan genting menentang Manchester City yang dapat menentukan siapa bakal muncul juara Liga Perdana England musim ini.
Akhbar ini, menerusi portal BeritaHarian.sg, telah meminta ramalan dan pandangan peminat kededua pasukan dan 12 daripada 19 pembaca yang memberikan respons mengatakan Liverpool akan menang, seorang mahu City menang dan tiga orang berkecuali.