DUA tahun lalu, dua penduduk Jalan Kukoh, Samsuri Mahadi dan Ahmad Habib, mengorak langkah pertama membantu kanak-kanak yang berkeliaran tanpa arah di estet perumahan mereka.
Berbekal wawasan dan keinginan murni itu, kededua pesara itu menubuhkan Persatuan Kebajikan Islam Jalan Kukoh (Pekik) yang bertujuan menggembleng tenaga penduduk kawasan tersebut melakukan kerja kemasyarakatan selain menerapkan kepentingan pendidikan dan menimba ilmu dalam kalangan kanak-kanak di kawasan itu.