Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bintang tenis Maria Sharapova gagal ujian dadah

Mar 08, 2016 | 07:39 AM



CALIFORNIA: Bintang tenis Maria Sharapova telah mendedahkan bahawa beliau gagal ujian dadah di Terbuka Australia.

Bekas pemain nombor 1 dunia dari Russia itu mengumumkan pada satu sidang media pada Isnin (7 Mac) bahawa beliau didapati positif bagi meldonium, bahan yang diambilnya sejak 10 tahun lalu atas sebab-sebab kesihatan.

Meldonium menjadi bahan terlarang pada awal tahun ini, sesuatu yang juara Grand Slam lima kali itu dakwa beliau tidak tahu.

"Saya gagal dalam ujian dan mengambil tanggungjawab penuh bagi itu," kata Sharapova.

"Saya telah mengambil ubat ini sejak 10 tahun lalu, tetapi pada 1 Januari ini ia menjadi bahan larangan yang saya tidak tahu."

Sharapova berkata beliau diberi dadah itu pada 2006 selepas mengalami degupan jantung tidak teratur dan memaparkan tanda-tanda awal penyakit kencing manis.

"Saya menerima e-mel pada 22 Disember daripada Wada (Agensi Antidadah Dunia) tentang perubahan yang berlaku ke atas senarai bahan yang diharamkan dan anda boleh elihat barangan yang dilarang, dan saya tidak klik pada pautan tersebut."

Sharapova, yang sedang bergelut dengan kecederaan, berkata beliau tidak tahu apa tindakan yang dihadapinya, tetapi berharap dapat kembali kepada sukan tenis pada masa depan.

"Saya telah membuat kesilapan besar," katanya.

"Saya tahu saya berhadapan dengan akibatnya dan saya tidak mahu menamatkan kerjaya saya begini. Saya berharap saya akan diberi peluang bermain sukan ini sekali lagi." - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >