BELFAST: Dicap "membosankan", bintang tenis yang menjadi wira kejayaan pasukan negaranya menjulang mahkota Piala Davis, Andy Murray, dinobatkan sebagai Personaliti Sukan Terbaik BBC 2015 dalam satu majlis gilang-gemilang di sini kelmarin.
Pemain pilihan kedua dunia yang memenangi anugerah berprestij itu untuk kali kedua menerajui cabaran Britain yang menggondol mahkota Piala Davis bulan lalu - kali pertama sejak 1936.