Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Blatter, Platini digantung panel etika Fifa

Oct 09, 2015 | 09:12 AM



ZURICH: Ketua bola sepak dunia, Sepp Blatter, dan bos Eropah, Michel Platini, digantung pada Khamis (8 Okt) dalam skandal rasuah yang semakin melebar.


Blatter seharusnya meletak jawatan selepas pemilihan bagi penggantinya pada Februari depan, tetapi tindakan Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) ke atasnya itu pada dasarnya bermakna berakhirlah penguasaannya selama 17 tahun.


Platini, ketua Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (Uefa), mendahului senarai pengganti Blatter tetapi harapannya sekarang bergantung apakah beliau dapat membatalkan penggantungan 90 hari yang dikenakan jawatankuasa etika Fifa itu.


"Dalam tempoh itu, individu-individu di atas dilarang daripada semua kegiatan bola sepak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa," kata jawatankuasa tersebut.


Fifa berkata Blatter tidak dibenarkan mewakilinya dalam sebarang kedudukan, dan pemangku penggantinya ialah Issa Hayatou dari Cameroon.


Jawatankuasa itu turut mengantung 90 hari setiausaha agung Fifa, Jerome Valcke, yang telah pun diarah mengambil cuti selepas beliau dituduh terlibat skim menjual tiket Piala Dunia 2014 pada harga yang dinaikkan.


Pihak berkuasa Switzerland dan Amerika Syarikat sedang menyiasat rasuah dalam dunia bola sepak, yang terdedah kepada umum menyusuli satu serbuan di sebuah hotel Switzerland Mei lalu.


Kenyataan daripada jawatankuasa etika Fifa tidak memberi butir-butir mengenai kesalahan yang dilakukan Blatter dan Platini.


Namun, siasatan hampir pasti menyentuh juga pembayaran dua juta franc Switzerland ($2.9 juta) daripada Fifa kepada Platini pada 2011, sembilan tahun selepas beliau bertugas untuk Blatter sebagai penasihat.


Jika Platini tidak berjaya membatalkan penggantungan itu dan menyertai pemilihan menggantikan Blatter, Putera Ali Al Hussein dari Jordan menjadi pilihan jelas, kecuali calon lain muncul. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >