Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Blatter: Saya bersih... tiada rasuah dalam bola sepak

Aug 25, 2015 | 06:15 PM



LONDON: Presiden Fifa yang bakal meletak jawatan, Sepp Blatter, memberitahu stesen BBC bahawa beliau "bersih" dan "tiada rasuah dalam bola sepak".


Blatter berkata demikian di tengah-tengah siasatan jenayah yang sedang dijalankan ke atas badan induk bola sepak dunia itu.


Warga Switzerland berusia 79 tahun itu telah dilantik semula untuk penggal kelima, tetapi memutuskan untuk meletak jawatan.


"Saya lakukannya kerana saya mahu melindungi Fifa. Saya boleh lindungi diri sendiri. Saya cukup kuat," katanya.


Beliau menambah: "Saya tahu apa yang telah saya lakukan dan apa yang tidak saya lakukan.


"Saya juga mempunyai perasaan sendiri dan saya tahu, saya seorang yang bersih. Saya bersih. Saya bukan seorang yang kebimbangan."


Dua siasatan jenayah terhadap dakwaan rasuah dalam Fifa masih diteruskan.


Sejauh ini, 14 orang telah didakwa oleh jabatan keadilan Amerika Syarikat ekoran dakwaan bahawa rasuah dan bayaran bawah meja berjumlah lebih £97 juta ($214 juta) telah diberikan sepanjang tempoh 24 tahun.


Satu siasatan pemerintah Switzerland juga sedang mengkaji proses membuat bidaan bagi Piala Dunia 2018 dan 2022.


Ini mencetuskan spekulasi bahawa Russia dan Qatar boleh dirampas hak mereka untuk menganjurkan acara terbesar dalam sukan bola sepak dan satu undian semula dijalankan.


Tetapi Blatter masih enggan mengaku apa-apa dan mempertahankan Fifa.


"Institusi tersebut tidak korup," katanya sambil menambah: "Tiada rasuah dalam bola sepak, ada korupsi dalam individu, orang-orangnya yang melakukannya."


Dalam satu interviu eksklusif dengan koresponden sukan BBC, Richard Conway, Blatter turut berkata beliau tiada tanggungjawab moral ke atas orang-orang seperti mantan eksekutif Fifa, Chuck Blazer, yang mengaku beliau menerima rasuah berkaitan dengan Afrika Selatan dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia 2010.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >