Bola jaring Sukan SEA: S'pura tebus kekecewaan, belasah Filipina 84-12

FILIPINA menjadi 'mangsa' pasukan tuan rumah yang menebus kekecewaan - diikat seri oleh Malaysia semalam - dengan kemenangan besar 65-20 di OCBC Arena petang Rabu.

Dengan penyerang (GS) Charmaine Soh berada dalam prestasi hangat, Singapura tidak mempunyai masalah menguasai perlawanan dari mula hingga akhir; menamatkan suku masa pertama dengan kelebihan 22-3.

Ia menambah 20 lagi mata dalam suku kedua, sementara menghadkan Filipina kepada hanya dua mata, menjadikan jaringan 42-8.

Suku ketiga dan keempat berlangsung dengan corak yang sama; dan Singapura akhirnya menamatkan perlawanan dengan kemenangan selesa.

Singapura bertemu Myanmar pada 4 Jun dalam perlawanan saringan terakhir.

Empat daripada enam pasukan di pusingan saringan mara ke separuh akhir yang berlangsung pada 6 Jun; dengan pemenang kededua separuh akhir mara ke final pada 7 Jun.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.