Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

PIALA LIGA

Man City julang piala 4 kali berturut-turut

Guardiola hargai 8,000 peminat di Wembley selepas atasi Spurs 1-0
Apr 27, 2021 | 05:30 AM



LONDON: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, berkata kemenangan lebih dirasai dengan kehadiran penyokong selepas pasukannya menewaskan Tottenham 1-0 di Wembley bagi meraih Piala Liga buat kali keempat berturut-turut di depan 8,000 peminat awal pagi semalam.



Tandukan Aymeric Laporte lapan minit sebelum tamat perlawanan memberikan kejayaan buat City sekali gus melebarkan penantian 13 tahun Spurs untuk mendapatkan trofi.



Buat pertama kali dalam 13 bulan, bola sepak di England memberikan peluang buat penyokong kedua-dua pasukan berada dalam stadium dalam satu daripada sesi ujian di stadium yang mempunyai 90,000 tempat duduk di Wembley.



"Ia tidak penuh, tetapi jauh lebih baik," kata Guardiola. "Untuk meraikannya bersama mereka menjadi lebih bermakna.



"Kami bermain dengan baik. Kami sangat gembira menang gelaran pertama, empat kali berturut-turut dalam kejohanan ini, lebih istimewa kerana dalam 33 perlawanan terakhir, kami mampu menang 30."



Kekalahan kepada Chelsea pada separuh akhir Piala FA minggu lalu bermakna City tidak boleh meraih empat kejuaraan musim ini.



Bagaimanapun mereka kekal di landasan untuk merebut tiga gelaran dengan aksi peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara menentang Paris Saint-Germain akan berlangsung awal pagi Khamis ini sebelum menantikan peluang digelar juara Liga Perdana England (EPL) hujung minggu depan.



Kemenangan tersebut turut menyaksikan Guardiola memungut sebanyak 25 trofi dalam kerjayanya bersama Barcelona, Bayern Munich dan City dengan tujuh daripadanya di England.



"Saya berada di kelab besar: Barcelona, Bayern Munich dan di sini, dan oleh itu ia mudah dilakukan," kata pengendali dari Catalan itu.



Sebaliknya, penantian untuk mendapatkan trofi pertama buat Tottenham masih berterusan.



Spurs bagaimanapun tidak boleh merungut di sebalik minggu yang penuh cabaran menyaksikan mereka memecat Jose Mourinho pada Isnin lalu selain bersama City dan empat lagi kelab England, menarik diri daripada Liga Super Eropah selepas kemarahan penyokong.



Son Heung-min tidak dapat menahan sebak selepas perlawanan tetapi perlawanan kedua di bawah kendalian pengurus sementara Ryan Mason menyaksikan Spurs jauh diatasi pasukan lebih bagus itu.



"Adalah sukar untuk mengambil alih sebuah kelab bola sepak," kata bekas pemain tengah Tottenham, Mason.



"Ia amat mengecewakan. Saya tahu perasaan itu dan adalah normal mereka kecewa. Kami mencuba tetapi ia tidak cukup dan ia sukar ditelan."



Selepas sedikit merudum dalam beberapa minggu kebelakangan ini, City kembali di tahap terbaik ketika mereka menguasai perlawanan dari awal perlawanan dan mampu menang dengan jurang gol yang lebih luas.



Namun gol tunggal hanya diraih apabila Laporte melompat tinggi untuk menanduk masuk hantaran percuma Kevin De Bruyne.



Gol itu sudah cukup bagi memastikan City menyamai catatan Liverpool dengan lapan Piala Liga, enam daripadanya dalam lapan tahun terakhir. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >