Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola Sepak: Liga Primera Sepanyol buka pejabat di S'pura

Mar 23, 2017 | 12:25 PM



DALAM rangka memanfaatkan bilangan besar peminat bola sepak di Asia, Liga Primera Sepanyol mengumumkan pembukaan sebuah pejabat di Singapura.



Dalam satu majlis pada Khamis (23 Mac) Galeri Nasional, presiden LaLiga Javier Tebas berkata: "Singapura akan menjadi pintu gerbang yang akan membuka Asia sebelah sini kepada kami.



"Kami telah menukar masa permainan bola sepak kami supaya ia boleh ditonton pada waktu yang munasabah (oleh penonton Asia). Kami ingin peminat kami lebih puas hati."



LaLiga mempunyai tiga pejabat lain di Asia - di Dubai, China dan India. Pejabat ini bertujuan menggunakan perlawanan pameran, lawatan pemain dan program pembangunan akar umbi mempopularkan jenama bola sepak Sepanyol.



Hadir di Singapura bersama Tebas untuk menggalakkan liga Sepanyol sebagai utusan ialah juara badminton Sepanyol di sukan Olimpik Carolina Marin dan bekas pemain Real Madrid Fernando Sanz dan Fernando Morientes.



Morientes berkata: "LaLiga dianggap liga terbaik di dunia. Rakyat Sepanyol bangga dengan pameran mutu bola sepak dan tahap persaingan dalam liga.



"Saya amat gembira kerana semakin ramai peminat di seluruh Asia akan mendapat pengalaman langsung liga ini." - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >