Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak: Lions tewas 2-0 kepada Hong Kong

Oct 12, 2016 | 07:34 AM



WALAUPUN membuat beberapa perubahan, jurulatih sementara negara, V. Sundramoorthy, gagal menemui formula kejayaan bagi Singapura apabila pasukan Lions tewas 2-0 kepada Hong Kong dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada Selasa (11 Okt) malam.



Ini menyusuli kekecewaan seri tanpa gol dengan Malaysia Jumaat lepas, tetapi mereka sekurang-kurangnya mencipta lebih banyak peluang semasa perlawanan di Stadium Negara itu.



Suasana di Stadium Mong Kok malam tadi nyata lebih suram, sedang Sundram dan ketua jurulatih belia, Fandi Ahmad, melihat kemarau gol Singapura berterusan.



Gol Safuwan Baharudin semasa kalah 3-1 di Bahrain pada 2 Sept ialah yang terakhir dijaringkan Lions.



Singapura tidak menunjukkan sembarang kelebihan serangan ketika menentang Hong Kong, yang kedudukannya 13 lebih tinggi dalam ranking dunia di tempat ke-142.



Kemunculan Irfan Fandi, anak sulung Fandi, dalam kesebelasan utama Singapura buat kali pertama mencetuskan semangat sebelum perlawanan.



Bagaimanapun, pemain berusia 19 tahun itu, yang bermain di belakang penyerang utama Khairul Amri, kelihatan mentah dalam aksi selama sejam.



Peluang tunggal Irfan datang pada minit ke-25, tetapi beliau salah mengagak bola hantaran Madhu Mohana dan tandukannya tersalah masa.



Kemasukan Irfan antara enam perubahan yang dilakukan oleh Sundram, yang terus bereksperimen dengan pasukannya menjelang kejuaraan Piala Suzuki Persekutuan Bola Sepak Asean dari 19 November hingga 17 Disember.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >