Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak: Lukaku, Matic letakkan Man United ke separuh akhir Piala FA

Mar 18, 2018 | 02:40 PM



MANCHESTER, England (REUTERS) - Tandukan Romelu Lukaku dan Nemanja Matic memberi kemenangan 2-0 Manchester United ke atas Brighton dalam perlawanan suku akhir Piala FA dalam cuaca dingin pada Sabtu (17 Mac).



United, yang ingin membuat perubahan selepas kalah di tangan Seville dalam Liga Juara-Juara, berhempas pulas menentang Brighton sebelum Lukaku memecah kebuntuan dengan menanduk gol hasil tendangan silang ke sudut gawang selepas 37 minit.



Brighton menguasai bola pada babak kedua dan menguji penjaga gawang United Sergio Romero tetapi Matic menenangkan ketegangan di Old Trafford tujuh minit sebelum tamat permainan dengan menanduk sepakan percuma Ashley Young ke gawang.



United, yang ingin menjulang Piala FA kali ke-13, menyertai Tottenham Hotspur dalam empat pasukan terakhir.



Leicester City akan menentang Chelsea sementara Wigan Athletic menentang Southampton pada pusingan suku akhir pada Ahad.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >