Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Bola sepak: Man U temui Real Madrid, Barcelona dan Manchester City di Amerika

Mar 22, 2017 | 08:40 AM



LOS ANGELES - Manchester United akan menentang Real Madrid, Barcelona dan Manchester City dalam lima perlawanan jelajah pra-musim di Amerika Syarikat yang bermula di Los Angeles pada Julai, kata kelab itu semalam.

Kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu akan membuka tirai pelancongan mereka dengan perlawanan terhadap Los Angeles Galaxy, pasukan dalam Liga Bola Sepak Utama Amerika di stadium pasukan itu, StubHub Centre, pada 15 Julai.

Pasukan itu kemudian akan menentang Real Salt Lake di Stadium Rio Tinto pada 17 Julai.

Tiga hari kemudian, United akan bermain menentang Manchester City pada 20 Julai di tempat yang akan ditentukan. Perlawanan menentang Pasadena Rose Bowl sedang diatur, yang menjadi sebahagian daripada Kejohanan Piala Juara-juara Antarabangsa.

Jose Mourinho kemudian akan memimpin anak buahnya menentang kelab lamanya, Real Madrid, di San Francisco 49ers, Stadium Santa Clara, pada 23 Julai.

Lawatan ini akan berakhir dengan perlawanan menentang Barcelona pada 26 Julai di FedEx Field Washington, tuan rumah pasukan Washington Redskins.

Ia merupakan pertemuan pertama kedua-dua pihak sejak United menewaskan Barcelona 3-1 di California pada 2015.

"Kembara seperti ini penting bagi persiapan pasukan dan kami menghadapi pasukan hebat di stadium bertaraf dunia, memastikan ia adalah persekitaran yang sesuai bagi pengurus dan pasukan membuat persediaan," kata Naib Pengerusi United Ed Woodward dalam satu kenyataan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >