PASUKAN bola sepak nasional mengakhiri 'kemarau' dengan memenangi perlawanan pertama tahun ini; menundukkan Bangladesh 2-1 dalam perlawanan persahabatan malam Sabtu.
Bangladesh membuka tirai jaringan pada minit keempat menerusi Nasiruddin Chowdhury, tetapi Singapura menyamakan kedudukan menerusi Fazrul Nawaz pada minit ke-32.
Penyerang LionsXII Khairul Amri menjaringkan gol kemenangan dari luar petak penalti pada minit ke-72.
Singapura bertemu Brunei di tempat sendiri pada 6 Jun; perlawanan persahabatan terakhir menjelang kelayakan Piala Dunia Jun nanti.