SUKAN SEA ke-28

Bola sepak Sukan SEA: Aide dan pasukan S'pura bersedia

PASUKANNYA bersedia dan mahu memulakan kempen bola sepak dengan kemenangan, kata jurulatih skuad bawah 23 tahun nasional Aide Iskandar. Singapura bertemu Filipina di Stadium Jalan Besar malam esok, membuka tirai perlawanan Kumpulan A.

Menurut Aide, beliau berharap pasukannya dapat memungut kesemua tiga mata.

"Adalah penting bagi kami memulakan pertandingan dengan baik, supaya tidak mengundang tekanan tambahan ke atas pasukan. "Kami menghormati lawan, tapi pada masa yang sama, kami juga memburu kemenangan," kata Aide.

Aide dan anak didiknya menghadiri kenduri doa selamat di ibu pejabat Persekutuan Seruan Islam Singapura (Jamiyah) di Geylang Lorong 12 petang Sabtu (30 Mei)

Menurut Aide, beliau menghargai sokongan yang diberikan Jamiyah dan warga setempat kepada pasukannya.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:01
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:04
Isyak
8:19
3 HR PSI: 19
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.